OBJEKTIF
Objektif Umum
Peserta kolokium akan mendapat menimba pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman dalam mengaplikasikan kepimpinan instruksional seiring dengan
tranformasi pendidikan masa kini yangmenjurus ke arah Pembelajaran Abad Ke-21.
Objektif Khusus
Peserta kolokium akan dapat:
i.
Mengenal pasti amalan terbaik serta inovasi dalam
kepimpinan instruksional di sekolah yang menjurus kepada peningkatan
kecemerlangan akademik dan sahsiah murid selaras dengan Pembelajaran Abad
Ke-21.
ii.
Menambah baik amalan dan program instruksional di
sekolah melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan
pembentang dan peserta kolokium.
iii.
Membuka ruang kerjasama dengan seluruh warga
pendidikan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.
TEMA
“Kepimpinan Instruksional
Menjana Pembelajaran Abad Ke-21”
Tema ini dipilih kerana sesuai dengan gelombang kedua pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu pelan transformasi pendidikan ke arah
menyediakan Pendidikan Abad Ke-21. Pemimpin Instruksional perlu diperkasakan lagi
dengan kemahiran terkini dalam bidang Kepemimpinan dan Pengurusan Pembelajaran
Abad Ke-21 kerana mereka adalah pemangkin kepada kejayaan PPPM.
Perbentangan akan menjurus ke arah pengurusan Kepimpinan
Instruksional ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 berdasarkan bidang berikut :
·
Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21
·
Peranan Pengurusan dan Kepimpinan sekolah ke arah
Pembelajaran Abad Ke-21
·
Memperkasa pembangunan profesional guru melalui
pembangunan kompetensi dan kapasiti dalam menghadapi cabaran Pendidikan Abad
Ke-21
KUMPULAN SASARAN
- BAHAGIAN KPM
- JPN
- PPD
- SIP+
- SISC+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan