Marquee

Sila dapatkan bahan kolokium di Menu Muat Turun

Abstrak


PEMBENTANG 1

PEiEP: HOW TEACHERS CAN SUPPORT STUDENTS’ ENGAGEMENT
IN LEARNING

Dr. Norliza binti Kushairi
Senior Lecturer, IPG Kampus Darul Aman
norliza@ipda.edu.my

ABSTRACT
PEiEP is an innovation in teaching and learning process whereby teachers are capable to ‘peep’ into students’ activities even before the class starts. PEiEP stands for Pre-class, In-class and Post-class phase; these three phases are intertwined by the essence of ‘E’ namely Engagement, Enhancement and Enticement activities; made possible with the aid of digital platform (LMS, social media platform, learning tool and apps) coupled with grounded conventional learning strategies through which the pastoral care of a teacher is harnessed so that students are attended at the optimum capacity prior to-, while- and after-class session. The guiding principle for a successful PEiEP is teachers’ realization to be effective learning designers. PEiEP has been tested to four cohorts of students and increase of engagement that led to increasing learning attainment has been reported in academic paper presentations at the international and national level since 2015.
Keywords: learning strategy; student engagement; digital platform



PEMBENTANG 2

PEMIMPIN “CATALYST” MEREALISASIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
MELALUI PAK-21

Raja Zainal Hafiz bin Raja Adnan
Guru Besar SK Taiping
rajazainalhafiz@gmail.com

ABSTRAK

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bidang pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan utama (critical success factor). Antara langkah yang telah diambil ialah memperkenalkan Transformasi Pendidikan melalui PPPM 2013-2025. Bagi memastikan transformasi ini berjalan lancar,  suatu kajian telah dijalankan khasnya berkaitan dengan keupayaan guru melaksanakan PAK-21. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual dan tinjauan (enviromental scanning) yang melibatkan responden yang terdiri daripada guru-guru di beberapa buah sekolah.  Hasil daripada kajian ini didapati kebanyakan guru kurang berminat melaksanakan PAK-21 kerana kurang persediaan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Oleh itu, bagi mempercepatkan proses ini, saya telah memperkenalkan beberapa inisiatif iaitu Teacher’s Draf Book for Teaching, ‘One Stop’ persediaan pengajaran PAK-21, Bilik Darjah Tanpa White Board, Bilik Darjah Tanpa Meja Guru dan Teacher’s PLC Handbook serta PLC berjadual yang pelaksanaannya dilakukan di Sekolah Kebangsaan Taiping. Impak daripada inisiatif ini didapati pelaksanaan PAK-21 di Sekolah Kebangsaan Taiping berjalan dengan lancar dan amat berkesan.
Kata kunci: transformasi; Pengajaran Abad Ke-21;guru berkualiti



PEMBENTANG 3

KEPIMPINAN DALAM MENGURUS PAK-21 :
PERSPEKTIF ANTARABANGSA

Prof. Dr. Abdul Ghani Kanesan Abdullah
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
agk@usm.my

ABSTRAK
Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyediakan generasi yang berilmu,  berkemahiran teknologi canggih dan mampu bersaing dalam abad ke-21. Justeru kesediaan dan kesedaran pemimpin memainkan peranan penting ke arah memposisikan organisasinya bagi merealisasikan iradat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui amalan kepimpinan dan pengurusan terbaik Pengajaran  dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Sehubungan itu, tujuan utama makalah ini adalah membincangkan perubahan amalan terbaik PAK-21 dan peranan kepimpinan menurut perspektif antarabangsa. Amalan PAK-21 yang berlaku di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Singapura, Austria, British Colombia, Canada, Norway, Australia Selatan dan Sepanyol telah dianalisis dan dibincangkan dalam empat subtopik iaitu perubahan perolehan ilmu di sekolah; perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran; perubahan kurikulum, pentaksiran dan peranan guru; dan transformatif kepimpinan instruksional. Kesimpulannya, pelaksanaan amalan PAK-21 bergantung kepada faktor transformatif kepimpinan instruksional peringkat sekolah dalam memastikan teras utama kerja menyediakan persekitaran dan budaya  PAK-21. Akhir sekali didapati negara-negara yang dikaji telah mengintegrasikan PAK-21 dengan revolusi industri  4.0.

Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran; transformatif kepimpinan instruksional; PAK-21



PEMBENTANG 4

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM MENJAYAKAN PENYEDIAAN
PENDIDIKAN ABAD KE-21

Theresa Ayyakkannu
Guru Besar SJKT Edinburgh, Kepong, Kuala Lumpur   
theresaalucas@yahoo.com

ABSTRAK
Dalam era digital yang berkembang pesat dengan ledakan teknologi maklumat, pemimpin sekolah digesa untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum seiring dengan transformasi pendidikan yang mendadak sehingga memberi tekanan dan bebanan kepada para guru lantaran untuk menghasilkan prestasi sekolah yang gemilang. Justeru, kepimpinan instruksional Guru Besar perlu diimplementasi agar dapat mencapai aspirasi negara. Dalam kerancakan Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana kesedaran pemimpin sekolah dalam menyediakan Pendidikan Abad Ke-21 agar transformasi pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya. Gaya kepimpinan Guru Besar juga sedikit sebanyak mempengaruhi kejayaan penyediaan Pendidikan Abad Ke-21. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kesedaran dan pengetahuan pemimpin sekolah sebagai agen perubahan ke arah Pendidikan Abad Ke-21. Kerangka kajian adalah berasaskan gaya kepimpinan instruksional Model Hallinger dan Murphy (1985).

Kata kunci: kepimpinan Instruksional; pemimpin; Pendidikan Abad Ke-21



PEMBENTANG 5

PEMUAFAKATAN STRATEGIK KEPIMPINAN SEKOLAH DAN KOMUNITI
KE ARAH PENGUKUHAN PAK-21

Hasbullah bin Hassan                                   
 Guru Besar SK Desa Tun Hussein Onn, WPKL
hasbullah1366@gmail.com


ABSTRAK
PPPM 2013–2025 menggariskan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat. Penguasaan kemahiran membaca  Al-Quran dalam kalangan murid seawal Tahap Satu masih rendah. Peratus murid yang tidak menguasai Iqra’ 1 hingga 3 masih tinggi pada awal tahun 2018. Justeru, program “Mumtaz Iqra” dilaksanakan bagi memastikan semua murid Islam menguasai bacaan Al-Quran apabila mereka berada di tahun 3 pada Tahun 2020. Program ini berkonsepkan pemuafakatan strategik antara sekolah dengan komuniti serta diurus oleh guru-guru agama sekolah ini dengan bantuan rakan-rakan strategik daripada komuniti sekolah agama berdekatan, Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Tentera (BAKAT), Kor Agama Angkatan Tentera dan ibu bapa pelajar itu sendiri. Pengumpulan data dan peratus pencapaian murid diperolehi melalui strategi pelaksanaan menggunakan kad iqra’, ganjaran badge, carta peningkatan bacaan iqra’ dan anugerah bulanan yang disampaikan sebagai ganjaran kepada murid. Setelah 10 bulan program ini dilaksanakan, dapatan menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian penguasaan bacaan iqra’ dalam kalangan murid. Komuniti telah memberikan kerjasama dengan pihak sekolah manakala guru-guru telah menunjukkan minat yang mendalam tentang amalan kajian serta memahami konsep Pembelajaran Abad Ke-21.

Kata kunci: permuafakatan strategik; pengukuhan PAK-21; Mumtaz Iqra’



PEMBENTANG 6
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENDIDIKAN ABAD KE-21 PEMANGKIN
KEBERHASILAN SEKOLAH BERKUALITI

Ramlee bin Abu Bakar
Guru Besar, SK Pauh Jaya, Permatang Pauh, P. Pinang
Crvlee69@gmail.com


ABSTRAK
Kepimpinan instruksional dalam Pendidikan Abad Ke-21 dapat mengolah kebolehupayaan sekolah ke arah sebuah sekolah yang berkualiti. Perkongsian ini memberi fokus kepada pemimpin sekolah rendah dalam memimpin dan mengurus sekolah, keberkesanan pelaksanaan program pembangunan profesional serta keperluan untuk melaksanakan program pembangunan profesional kepada guru-guru, terutamanya dalam konteks setempat. Hubungan kepimpinan sekolah dalam anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berkaitan menjalin kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta yang dilaksanakan secara meluas turut berkait rapat dengan anjakan ke-7 berkaitan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Kepimpinan sekolah perlu memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran melalui program pembangunan profesional bagi mewujudkan budaya pembelajaran yang mampu menarik minat murid untuk terus meneroka dunia pendidikan mengikut skop pembelajaran yang telah diperoleh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kata kunci: Pendidikan Abad Ke-21; kepimpinan sekolah; sekolah berkualiti



PEMBENTANG 7

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL SEBAGAI
PEMBUDAYAAN KECEMERLANGAN

Loh Hock Eng
Guru Besar SJKC Shih Chung Cawangan, Bayan Lepas, P. Pinang
hockeng10@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar berdasarkan kerangka Hallinger dan Murphy (1985) dalam pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Abad Ke-21, meningkatkan mutu pelaksanaan PdPc guru mengaplikasikan struktur Kelas Abad Ke-21 dan Kaedah PdPc Abad Ke-21 (PAK-21) serta menyemarakkan semangat mengajar dan memupuk minat murid untuk belajar bagi meningkatkan pencapaian akademik di samping mencapai KPI Sekolah Berprestasi Tinggi. Dua data dikutip iaitu keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar dan keberkesanan PAK-21 yang dijalankan. Pemerhatian terhadap PdPc dijalankan oleh guru Sains yang melibatkan seramai 41 orang murid. Selain daripada itu, murid-murid telah ditemu ramah tentang keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar dan PAK-21 yang diamalkan oleh guru. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat perubahan positif dalam tingkah laku guru dan murid semasa PdPc dijalankan. Semua murid menunjukkan sikap lebih berminat untuk belajar, yakin berkomunikasi, daya bekerjasama yang tinggi, rasa ingin tahu yang mendalam dan berkelakuan positif. Manakala kedua-dua orang guru lebih berani mencuba, berkeyakinan semasa memimpin murid membuat cubaan, bekerjasama untuk menyediakan PdPc dan menunjukkan daya penyesuaian diri yang tinggi. Kesimpulannya, pendekatan PAK-21 ini membawa impak kepada pemimpin, guru, murid khususnya mendatangkan impak kepada peningkatan akademik sekolah.

Kata kunci: kepimpinan; instruksional; pengajaran dan pembelajaran



PEMBENTANG 8

Tah Nia binti Hj. Jaman
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Tuaran Sabah
tjaman1963@yahoo.com

ABSTRAK

Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran (PPD Tuaran) menekankan kemenjadian murid secara holistik melalui Program Gelombang Kecemerlangan 7 Tahun  (GK7)  di  peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Salah satu projek yang menyokong Program GK7 ialah Projek Nukleus GK7 Sinergi Kepimpinan PPD Tuaran. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan Guru-guru Besar berdasarkan aspek hala tuju organisasi, mengurus persekitaran sekolah dan kualiti kemenjadian murid. Projek ini  menggunakan medium Professional Learning Community (PLC) melalui pelaksanaan intervensi seperti Transformasi GK7, Jelajah Sehati Sejiwa, Dialog GK7 dan Singgah Sebentar GK7. Dapatan projek ini menunjukkan sekolah-sekolah yang terlibat telah berjaya menghasilkan intervensi berasaskan konteks sekolah masing-masing dan telah mengadakan pengkongsian pintar (antara sekolah, negeri dan kebangsaan). Di samping itu,  semua sekolah tersebut mengamalkan PAK-21 dan telah memenangi anugerah PAK-21 di peringkat daerah dan negeri. Pencapaian UPSR juga telah meningkat dan tersenarai sebagai penerima anugerah di peringkat daerah dan negeri (MEKAR). Rumusannya, Projek Nukleus GK7 Sinergi Kepimpinan telah berjaya meningkatkan kualiti kepimpinan Guru Besar melalui sokongan dan akauntabiliti PPD ke arah pembinaan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. 

Kata kunci: GK7; nukleus; sinergi



PEMBENTANG 9

KESAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE DAN SWARM INTELLIGENCE DALAM MEMBENTUK KECEMERLANGAN PELAJAR

Hj. Samsudin bin Yusoff
Pengetua SMK Bercham, Ipoh, Perak
samsudin32333@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meneliti kesan Artificial Intelligence (Al) terhadap kecemerlangan pelajar dan hubungannya dengan Swarm Intelligence (SI).  Artificial Intelligence (Al) boleh ditakrifkan sebagai  “the simulation of human intelligence processes by machines....” dan boleh disimpulkan bahawa mesin mengambilalih peranan pemikiran pelajar untuk berfikir dan melakukan kerja. Manakala Swarm Intelligence (SI) pula adalah “systems consist typically of a population of simple agents or boids interacting locally with one another and with their environment....” Dalam situasi pelajar, adalah lebih mudah SI ditakrifkan sebagai kaedah maklumat diperolehi melalui perbincangan, pengalaman sedia ada dan rujukan teks tanpa elektronik. Sampel kajian terdiri daripada 86 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di SMK Batu 4 Gerik, Perak. Kajian kualitatif ini melihat secara terus peningkatan keputusan peperiksaan berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS), Kualiti dan Kuantiti. Terdapat 2 variabel tindakan yang telah dilaksanakan terhadap sampel iaitu Gerakan Brain-Gym dan Gerakan Anti-Clockwise. Dapatan kajian ini, menunjukkan terdapat peningkatan dalam GPS sekolah iaitu dari 5.40 kepada 4.47 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Kajian juga mendapati 5.48% (4 orang) pelajar telah memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Kesimpulannya kajian ini telah membuktikan bahawa Artificial Intelligence(Al) dan Swarm Intelligence(SI) telah memberi kesan dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.
Kata kunci: Artificial Intelligence (Al); Swarm Intelligence (SI); variabel tindakan



PEMBENTANG 10

Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Din
Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Kedah
rusli.din@moe.gov.my

ABSTRAK
Kepimpinan Instruksional, memberi tafsiran peranan kepimpinan yang mampu mempengaruhi warga pendidikan ke arah mencapai dan memenuhi hala tuju ditetapkan.  Konsep kepimpinan sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong kepada program sekolah mampu memastikan keberkesanan pelaksanaan setiap program berkenaan. Aspek keberkesanan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melalui pelbagai kaedah atau pedagogi perlu diberi keutamaan. Gabung jalin melalui penyoalan berasaskan aras kesukaran soalan berbeza melalui KBAT, penggunaan alat penyampaian ilmu yang sistematik (i-Think) dan penerapan unsur PAK-21 antara yang memberi impak positif menjayakan hasrat berkenaan. Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Gelombang 2 (SKPMg2) yang menekankan aspek ketelitian dalam pengoperasian institusi pendidikan mengemukakan enam langkah dalam memastikan kejayaan sesuatu program perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian, penambahbaikan dan pendokumentasian (6P). Susun atur atau urutan tindakan berkenaan mampu memastikan setiap program pendidikan dapat memberi impak positif seperti yang disasarkan. Hasil garab dan penyatuan semua aspek kekuatan berkenaan mampu menyerlahkan kepimpinan sekolah sebagai role model yang disegani dan dihormati serta melonjakkan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berjaya dan cemerlang.

Kata kunci: SKPMg2; PAK-21; 6P