Marquee

Sila dapatkan bahan kolokium di Menu Muat Turun

Pengenalan

OBJEKTIF

Objektif Umum
Peserta kolokium akan mendapat menimba pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengaplikasikan kepimpinan instruksional seiring dengan tranformasi pendidikan masa kini yangmenjurus ke arah Pembelajaran Abad Ke-21.

Objektif Khusus
Peserta kolokium akan dapat:
        i.            Mengenal pasti amalan terbaik serta inovasi dalam kepimpinan instruksional di sekolah yang menjurus kepada peningkatan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21.
      ii.            Menambah baik amalan dan program instruksional di sekolah melalui perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan pembentang dan peserta kolokium.
    iii.            Membuka ruang kerjasama dengan seluruh warga pendidikan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.



TEMA

 “Kepimpinan Instruksional Menjana Pembelajaran Abad Ke-21”

Tema ini dipilih kerana sesuai dengan gelombang kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan Pendidikan Abad Ke-21. Pemimpin Instruksional perlu diperkasakan lagi dengan kemahiran terkini dalam bidang Kepemimpinan dan Pengurusan Pembelajaran Abad Ke-21 kerana mereka adalah pemangkin kepada kejayaan PPPM.

Perbentangan akan menjurus ke arah pengurusan Kepimpinan Instruksional ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 berdasarkan bidang berikut :
·        Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21
·        Peranan Pengurusan dan Kepimpinan sekolah ke arah Pembelajaran Abad Ke-21
·        Memperkasa pembangunan profesional guru melalui pembangunan kompetensi dan kapasiti dalam menghadapi cabaran Pendidikan Abad Ke-21




KUMPULAN SASARAN

  • BAHAGIAN KPM
  • JPN
  • PPD
  • SIP+
  • SISC+


Tiada ulasan:

Catat Ulasan